Fitnah jahat: Anwar hantar surat tuntutan kepada Mahiaddin


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar surat tuntutan undang-undang meminta Mahiaddin Md Yassin memohon maaf.

Ia susulan tuduhan Pengerusi Perikatan Nasional itu ketika ceramah Perikatan Nasional (PN) di Padang Serai yang mendakwanya menerima RM15 juta sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor.

Surat tuntutan melalui firma guaman SN Nair & Partner itu menyatakan tuduhan Mahiaddin yang disiarkan dalam satu video di TikTok yang ditonton sebanyak 1,100,000 kali memberi gambaran berniat jahat bahawa Anwar menyalahguna kuasa sebagai Ahli Parlimen, seorang pendosa, penipu dan juga tamak serta tidak beretika.

Video itu turut mendapat lebih 6,061 komen, melebihi 21,400 butang 'like', lebih 1,360 kali butang 'favourite' dan 2,169 kali perkongsian setakat tarikh notis berkenaan adalah satu fitnah terhadap Anwar yang merupakan perdana menteri.

"Sekiranya anak guam saya tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh tiga hari daripada tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memohon suatu perintah injunksi dan meneruskan tindakan perundangan terhadap Tan Sri Mahiaddin," katanya.

Selain menuntut Mahiaddin membuat permohonan maaf, peguam Anwar mahu Ahli Parlimen Pagoh itu berjanji tidak mengulangi kata-kata itu.
 
Terdahulu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Juwairiya Zulkifli menafikan dakwaan Muhyiddin yang Anwar menerima RM15 juta semasa menjadi penasihat ekonomi negeri.

Sebaliknya, Anwar hanya menerima “gaji simbolik” RM1 semasa menjawat jawatan itu.

Tuduhan dibuat Mahiaddin tak punya asas
Beliau berkata, gaji diterima Anwar itu jelas tertera dalam Hansard DUN Selangor menerusi jawapan kepada soalan oleh ADUN.

Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri pada 2009 ketika Khalid Ibrahim menjadi menteri besar Selangor, setahun selepas gabungan Pakatan Rakyat menawan negeri itu dalam pilihan raya umum ke-12.

Difahamkan notis tuntutan kepada Muhyiddin itu dihantar melalui serahan tangan.

Post a Comment

0 Comments