Melayu jangan terus terpedaya dengan slogan dari pemimpin korup

 


SEORANG pemimpin Pakatan Harapan menggesa rakyat, terutama orang Melayu tidak terus terpedaya dengan slogan ‘Hidup Melayu’ yang sering meniti di bibir pemimpin-pemimpin Melayu yang korup serta menyelewengkan wang negara.

Dr Zaidi Zakaria yang merupakan Naib Pengerusi AMANAH Pulau Pinang menzahirkan nasihat supaya slogan-slogan sedemikian tidak lagi dimainkan, sebaliknya Melayu harus bangkit dan tinggalkan lamunan-lamunan itu.

“Kita sebagai rakyat negara ini membayar cukai pendapatan sehinggakan ada yang membuat potongan gaji secara bulanan sebagai sumbangan dan tanggungjawab kepada negara yang kita cintai.

“Manakala kerajaan pula bertanggungjawab mengurus dan mentadbir cukai pendapatan tersebut melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan cukai-cukai yang dikenakan adalah bagi memastikan aset-aset kerajaan sentiasa mencukupi bagi pembangunan dan keselamatan negara serta juga untuk kesihatan, pendidikan dan latihan untuk rakyat.

“Ini merupakan sumbangan dan kebajikan kita sebagai rakyat setiap bulan bagi kelangsungan serta kestabilan negara dan kerajaan,” ujar yang kecewa wang negara terus disalahguna dan diselewengkan.

Zaidi sebelumnya mengulas isu penyelewengan dana melibatkan pembelian kapal tempur pesisir TLDM (LCS) yang didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini dimana berbilion wang rakyat telah digunakan, namun tiada satu pun kapal disiapkan mengikut waktu ditetapkan dan mereka yang dikaitkan dengan skandal itu terus bebas dan bermaharajalela.

Rakyat perlu zahir kecewa dan lakukan perubahan
Sehubungan itu jelasnya, menjadi tanggungjawab rakyat untuk bersuara dan menzahirkan kekecewaan mahu pun kebimbangan dengan apa yang berlaku di negara ini.

Malah beliau menggesa supaya pimpinan dan parti yang merosakkan negara tidak terus dibiarkan merosakkan negara menjelang pilihan raya umum ke-15 yang akan datang.

Post a Comment

0 Comments