KELIMA-LIMA Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya yang bersidang hari ini menolak rayuan berkaitan kes SRC dikemukakan bekas Presiden Umno Najib Razak.
Tengku Maimun Tuan Mat hakim yang mempengerusikan panel hakim itu berkata, mereka membuat keputusan menolak rayuan Najib secara sebulat suara dan bekas perdana menteri itu akan mula menjalani hukuman penjara 12 tahun mulai hari ini.
Ketika membaca keputusannya, Tengku Maimun berkata, tiada isu baru dalam rayuan dikemukakan Najib dalam kesnya kerana ia melibatkan penemuan fakta dan penyelesaian perundangan terdahulu.
Malah Mahkamah mendapati, hakim yang mengendalikan perbicaraan di mahkamah tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali betul semasa membuat keputusan prima facie ke atas Najib Razak dan mengarahkannya membela diri bagi tujuh pertuduhan kes rasuah SRC International Sdn Bhd membabitkan dana bernilai bernilai RM42 juta.
Beliau turut menegaskan bahawa pasukan peguam mewakili Najib sudah diberi peluang untuk mengemukakan rayuan bagi pihak Najib, namun enggan berbuat demikian.
Sejurus membacakan keputusan itu, beberapa anggota polis dilihat menghampiri Najib di kandang tertuduh bagi melaksanakan hukuman penjara ke atasnya.
Tengku Maimun Tuan Mat hakim yang mempengerusikan panel hakim itu berkata, mereka membuat keputusan menolak rayuan Najib secara sebulat suara dan bekas perdana menteri itu akan mula menjalani hukuman penjara 12 tahun mulai hari ini.
Ketika membaca keputusannya, Tengku Maimun berkata, tiada isu baru dalam rayuan dikemukakan Najib dalam kesnya kerana ia melibatkan penemuan fakta dan penyelesaian perundangan terdahulu.
Malah Mahkamah mendapati, hakim yang mengendalikan perbicaraan di mahkamah tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali betul semasa membuat keputusan prima facie ke atas Najib Razak dan mengarahkannya membela diri bagi tujuh pertuduhan kes rasuah SRC International Sdn Bhd membabitkan dana bernilai bernilai RM42 juta.
Mahkamah kekalkan sabitan terhadap Najib |

0 Comments