KERAJAAN akan mempersiapkan beberapa kerangka baharu dalam meningkatkan prestasi sukan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mengulas prestasi kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024, yang telah melabuhkan tirai semalam berkata, seluruh rakyat perlu menerima dengan baik pencapaian negara.
“Saya nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan, anak-anak yang terlibat dalam Sukan Olimpik kerana kita telah berusaha sebaik mungkin. Kita terima baik (segala) keputusan.
“Insya-Allah kita akan siapkan beberapa kerangka baharu meningkatkan prestasi sukan dan olahraga negara.
"Jadi harus kita tumpu ke hadapan, tetapi sementara itu janganlah kita mengeluh kerana anak-anak dan olahragawan itu telah berusaha sedaya upaya mereka,” katanya kepada pemberita.
Perdana menteri sebelumnya merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur pada Isnin.
Kempen Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir dengan Malaysia meraih dua gangsa menerusi badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia dan beregu badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
0 Comments