Johari Abdul bakal dilantik pengerusikan AIPA 2025

YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT Tan Sri Johari Abdul bakal dilantik sebagai Pengerusi pada Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) bagi tahun 2025.

Penyerahan jawatan itu akan dilakukan pada Perhimpunan AIPA yang berlangsung di Vientiane, Laos pada Oktober depan.

Sehubungan itu, Malaysia sebagai tuan rumah perhimpunan sedang menyusun beberapa idea besar untuk memperkukuh kerjasama dalam mewujudkan pelaburan di rantau ASEAN.

"Kita mahu pelabur-pelabur masuk ke ASEAN dan kita akan menjadi 'get way'... maknanya kita akan dihubungi dahulu sebelum mereka menjelajah di negeri ASEAN lain.

"Dengan ini kita akan lebih dihormati... sebagai pimpinan ASEAN, kita akan lebih diutamakan sebelum mereka menjelajah ke negeri lain, sekali gus mendesak rakyat kita menjadi jauh lebih baik," katanya pada temubual ekslusif konti Pahang Fm sempena Program Lawatan Kerja Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke Dewan Negeri (DUN) Pahang pada Selasa.

Mengulas mengenai lawatan kerjanya, Johari memaklumkan hasil dapatan dari lawatan kerja ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibincangkan pada Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia 2024 pada 11 hingga 14 September ini.

Ia jelasnya bagi  menyediakan satu panduan bagi  memartabat dan memperkasakan institusi berkenaan..


Post a Comment

0 Comments