CALON mewakili kerajaan perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu mendapat suntikan semangat baharu ketika tempoh berkempen kini memasuki tempoh kritikal.
Ia susulan 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum India di Kuala Kubu Bharu (KKB) tampil menyatakan sokongan kepadanya.
Dipetik laporan media, antara NGO yang menyatakan sokong kepada Pang Sock Tao adalah Kuala Kubu Bharu Hindu Sanggam, Pertubuhan Kebajikan Komuniti Muhibah Hulu Selangor, Persatuan Penduduk Taman Musabika, Pertubuhan Kesenian dan Kebudayaan Hulu Bernam, Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 4, Ladang Sungai Jernih dan Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 5, Kuala Kerling.
Turut menyokong adalah Pertubuhan Sosial dan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor, Persatuan Perpaduan Hulu Selangor, Persatuan Belia Sinaran Suria Hulu Selangor, Kelab Bola Sepak BKB, Persatuan Pembanguan Masyarakat India Felda Gedangsa, Persatuan Pembangunan Minda Kebangsaan dan Pusat Sivanantha Divine Life Society Kuala Kubu Bharu.
Sokongan itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.
PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.
Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Lee menewaskan tiga pencabarnya daripada PN, PRM dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dengan majoriti 4,119 undi.
Sock Tao yang merupakan bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Jumaat melancarkan manifestonya bertemakan ‘Kekal Kuala Kubu’ yang menggariskan lima teras utama iaitu ekonomi, kemudahan, alam sekitar dan rekreasi, warisan dan budaya serta kesejahteraan rakyat.
0 Comments