Subsidi bersasar langkah tak popular, namun mampu selamatkan negara

PELAKSANAAN subsidi bersasar khususnya ke atas RON95 dan diesel adalah langkah bertanggungjawab kerajaan menyelamatkan ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan terdahulu sudah berbincang dan mempersetujui pelaksanaanya, namun tidak berani melaksana dasar yang dianggap tidak popular itu.

"Kerajaan ini kerajaan yang berani untuk menyelamatkan ekonomi negara dan kita akan laksanakan (subsidi bersasar).
 
"Di mana rakyat merasakan mereka rugi dalam belanja minyak, kita tampung. Ini adalah dasar bertanggungjawab dan inilah reformasi," katanya pada ucapan di Konvensyen 25 Tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Shah Alam (IDCC) Shah Alam pada Ahad.

Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa rakyat yang terkesan dengan penyasaran subsidi akan dibantu menerusi pemberian tunai bulanan yang  kali pertama ditawarkan kepada rakyat berbanding sebelum ini.
 
"Kalau (harga minyak) naik, kita bagi suntikan langsung kepada rakyat. (Contoh beban perbelanjaan disebabkan harga minyak naik) naik RM100 sebulan, kita bagi RM100, ada masalah ke? nak bantah sebab apa.

"Ini kaedah (pemberian tunai) kita fikir punya lama, puluh tahun dibincang, puluh tahun juga kerajaan (terdahulu) setuju, tapi tak berani untuk dilaksanakan sebab dia takut tak popular," katanya.

Post a Comment

0 Comments