PRK KKB: Calon kerajaan komited bela kebajikan belia, wanita

CALON Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao akan memfokuskan aspek kebajikan belia dan wanita sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Menyifatkan kedua-dua isu tersebut sebagai dekat dihatinya, bekas Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegaskan komited beliau untuk memperjuangkan kebajikan golongan terbabit.

"Sudah tentu perancangan atau dasar baharu bagi memperkasakan golongan belia dan wanita akan dimasukkan dalam manifesto yang akan dilancarkan kelak.

"Selain itu, saya akan meneruskan perancangan pembangunan dan agenda diatur mendiang Lee Kee Hiong, jika diberi peluang mewakili suara rakyat di Kuala Kubu Bharu ini nanti," katanya.

Pada pilihan raya ini, Sock Tao berdepan pertandinagn empat penjuru bagi mempertahankan kerusi itu yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) sejak 2018.

Beliau dicabar calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut; diikuti Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
 
Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 40,226 pemilih berdaftar direkodkan di DUN Kuala Kubu Bharu, masing-masing 39,362 pengundi biasa, manakala tentera dan pasangan (238), polis (625) dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Sementara itu kehadiran wanita berusia 31 itu disenangi penduduk setempat.

Pada sesi bertemu pengundi sekitar Bandar Utama Batang Kali selepas penamaan calon pada Sabtu, beliau yang iiringi Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin dan Ahli Dewan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin kelihatan tidak kekok bertemu pengundi pelbagai bangsa tanpa mengira usia.

Post a Comment

0 Comments