PM mahu polis bertindak proaktif perangi rasuah

POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) digesa lebih berani bertindak dalam menangani isu rasuah dengan lebih berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM), PDRM juga harus berani untuk menyelamatkan bangsa dan tidak mensia-siakan pengorbanan dilakukan sebelum ini.

"Namun saya percaya ia bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi apabila rasuah menjadi sistemik, ia akan menghakis sendi kekuatan kita.

"PDRM ada keberanian untuk bertempur, malah ada keberanian untuk menyelamatkan bangsa," katanya.

Anwar berkata begitu pada ucapan sempena sambutan peringatan Hari Polis Ke-217 Tahun 2024 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), dekat Kuala Lumpur pada Isnin.

Hadir sama pada majlis sambutan itu ialah Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Pada ucapannya, Anwar turut mengingatkan kepimpinan PDRM supaya tidak terlibat dengan isu salah laku.

Beliau berkata, meskipun jenayah itu masih mampu dikawal oleh PDRM, namun ia bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh.

"Di Indonesia beberapa bulan lalu, ada tokoh kanan polis polis terbabit dalam jenayah judi dalam talian dan dua hari lalu, ketua dan timbalan polis terpaksa berundur kerana juga terbabit dalam kes sama.
 
"Jenayah komersial ini adalah sesuatu ancaman baharu dan lebih canggih," ujarnya

Post a Comment

0 Comments