Malaysia hantar 100 Kontena ke Gaza melalui misi keenam

MALAYSIA  menghantar sebanyak 100 kontena merangkumi 1,358 tan barangan terdiri daripada pelbagai sumbangan ke Gaza pada Sabtu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi misi bantuan kemanusiaan keenam yang dilancarkan

Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 100 Kontena Malaysia Dari Kaherah ke Gaza itu yang diketuai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

Pelepasan misi bantuan kemanusiaan keenam oleh Malaysia itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Ahmad Zahid, perdana menteri dijangka menghubungi Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi untuk membincangkan misi bantuan yang dikendalikan MAPIM itu agar dapat memudahkan proses penghantaran sumbangan ke Gaza.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga komited untuk membantu Mapim menerusi penghantaran barang ini yang dibeli di Mesir khususnya di Kaherah.

“Jadi, urusan kerajaan dengan kerajaan akan diuruskan oleh Perdana Menteri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelepasan misi bantuan itu.

Sementara itu, Ketua Aktivis Mapim yang juga ketua misi berkenaan Sani Araby Abdul Alim Araby berkata kontena bantuan yang terdiri daripada bahan asas seperti tepung gandum, kotak makanan, barangan ibu dan bayi itu bernilai RM12 juta.

Beliau berkata, sumbangan itu juga melalui pendanaan bersama enam badan bukan kerajaan (NGO) diketuai MAPIM dengan kerjasama Cinta Gaza Malaysia, Iman Care Malaysia, Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia, Persekutuan Persatuan Islam New Zealand dan Yayasan Al-Khair dari United Kingdom.

“Misi ini adalah satu usaha nasional yang dikelolakan oleh NGO dengan dibantu pihak Kerajaan Malaysia sebagai bukti bahawa biarpun kita kerdil atas peta dunia namun kita semua memiliki hati yang besar dan tidak pernah putus asa untuk membela Gaza,” katanya.

Post a Comment

0 Comments