YANG DIPERTUA Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus membidas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang membuat perbandingan melampau terhadap lawan politiknya dikecam.
Merujuk kenyataan terbaharu Ahli Parlimen Marang itu yang menyamakan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dengan golongan munafik dan rejim Zionis, Hasanuddin menyifatkannya sebagai pembohongan serta pemesongkan fakta yang boleh menyebabkan banyak salah faham berlaku dikalangan orang ramai.
“Menyamakan sikap munafik itu dengan kepimpinan Anwar yang konon menyekat dan tidak menyalurkan peruntukan kepada negeri-negeri di bawah pimpinan partinya (Pas) adalah satu pemesongan fakta nyata.
“Ini kerana peruntukan kepada kerajaan negeri-negeri pembangkang disediakan dalam pelbagai bentuk dan saluran. Rujuk peruntukan yang telah disalurkan kepada negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam Belanjawan 2024,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Hasanuddin berkata begitu sebagai mengulas hantaran dimuat naik Abdul Hadi di laman Facebooknya yang mendakwa konsep digunakan oleh Pakatan Harapan (PH) menepati demokrasi diamalkan oleh Israel terhadap Hamas di Palestin.
Pembangkang sering menggunakan isu peruntukkan bagi memberi persepsi kepada orang ramai seolah-olah pentadbiran Anwar menindas negeri ditadbir pembangkang.
Sedangkan melalui Belanjawan 2023 dibentangkan Anwar pada Febuari lalu memberikan peruntukan kepada Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis lebih tinggi daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dan Kelantan muncul negeri di Semenanjung yang menerima peruntukan tertinggi daripada Kerajaan Persekutuan bagi kerja penambahbaikan infrastruktur, termasuk penyelenggaraan jalan raya melalui Belanjawan 2024.
Sementara itu, Hasanuddin turut menyelar Abdul Hadi kerana tidak membangkitkan tuduhan sama terhadap pentadbiran Muhyiddin Yassin yang sebelum ini juga tidak menyalurkan peruntukan kepada pembangkang ketika itu.
“Adakah tindakan menyekat peruntukan khas ahli Parlimen pembangkang yang pernah dilakukan oleh kerajaan gabungan Abdul Hadi sebelum ini juga sama seperti sekatan dilakukan oleh Zionis Israel?
“Tuduhan beliau (Abdul Hadi) kali ini seperti menepuk air di dulang terkena percikan ke muka sendiri,” ujarnya.
0 Comments