Dakwaan lapangan terbang sesak dengan warga China tak benar

JABATAN  Imigresen menafikan dakwaan berlaku kesesakan di lapangan terbang antarabangsa di negara ini yang berpunca dari kebanjiran pelancong warga China.

Melalui satu kenyataan, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh memaklumkan rakaman tersebut tidak berlaku di lapangan terbang seperti didakwa, sebaliknya merupakan rakaman lama yang berlaku tahun lalu di  Dewan Bas, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru.

Jelasnya, kesesakan  dirakam itu merupakan pergerakan masuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura semasa pintu masuk negara mula dibuka selepas sekatan pergerakan rentas sempadan akibat COVID-19 ditamatkan.
 
"Video itu dirakamkan semasa pergerakan masuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

"Jabatan Imigresen menafikan bahawa rakaman tersebut telah dibuat di lapangan terbang antarabangsa negara," katanya.

Sementara itu Ruslin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang usaha pihak tertentu yang cuba mengelirukan dan membangkitkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Untuk itu orang ramai adalah dinasihatkan tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih.
 

Post a Comment

0 Comments