PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu,tegas Pejabat Perdana Menteri.
Pendirian itu dinyatakan PMO dalam satu kenyataan sebagai mengulas laporan media baru-baru ini yang mengaitkan Perdana Menteri sebuah parti berasaskan kaum India yang mahu ditubuhkan.
Tambah kenyataan itu, pihaknya memandang serius tindakan mana-mana kumpulan yang secara sengaja menyalahgunakan nama tanpa perdana menteri tanpa kebenaran pihaknya.
“Tindakan sedemikian tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti perdana menteri dan pentadbiran Kerajaan.
“Sehubungan itu, pihak pejabat perdana menteri menasihatkan agar rakyat tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak,” kata kenyataan tersebut.
Media pada Ahad melaporkan kenyataan seorang ahli perniagaan P Thiagarajan yang mendakwa dirinya kenalan rapat Anwar dan berhasrat menubuhkan parti politik baharu berasaskan kaum India di negara ini.
Satu majlis diadakan di Klang dalam usaha memungut suara pemimpin masyarakat dan NGO India berhubung keperluan menubuhkan parti baharu itu.
Thiagaran menurut laporan itu turut berkata, segala keputusan dibuat pada majlis itu akan disampaikan kepada perdana menteri dalam masa terdekat.
0 Comments