Konflik Semenanjung Gaza: PM bincang dengan Erdogan

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah berbincang mengenai perkembangan semasa peperangan membabitkan Palestin dan Israel.

Perkara itu dimaklumkan Anwar melalui satu ciapan di aplikasi X, lewat malam tadi setelah menerima panggilan telefon daripada Erdogan.

"Saya sempat bercakap dengan Presiden Erdogan, sebentar tadi. Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel," katanya dalam satu hantaran ringkas.

Anwar pada Ahad menegaskan Malaysia akan terus kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, masyarakat antarabangsa berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman serta penindasan terhadap rakyat Palestin, termasuk rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin yang dilakukan rejim Zionis tanpa henti.

Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menurutnya telah menjadi mangsa korban.

Post a Comment

0 Comments