Kerajaan mendobrak naratif fitnah perkauman pada PRK Pelangai - PM Anwar

KEMENANGAN calon mewakili kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Sabtu lalu disifatkan sebagai satu bentuk kejayaan Kerajaan Perpaduan melawan naratif dibawa oleh pihak pembangkang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan Datuk Amizar Abu Adam menandakan kerajaan berjaya mendobrak naratif fitnah dan perkauman sempit.

Ia juga meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka ekonomi Madani,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Melalui kenyataan sama, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut mengucapkan tahniah kepada Amizar, pengundi dan barisan jentera yang menjadi tulang belakang terhadap kejayaan mengekalkan kurisi sebelum ini di sandang oleh Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

“Alhamdulillah, tahniah kepada Amizar yang memenangi Pilihan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

“Terima kasih saya ucapkan kepada para pengundi yang terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Pada pilihan raya tiga penjuru itu, Amizar yang mewakili BN berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan menewaskan calon PN, Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli dengan majoriti 2,949 undi.

Amizar memperoleh 7,324 undi, manakala Kasim dan Haslihelmy, masing-masing mendapat 4,375 dan 47 undi.


Post a Comment

0 Comments