KERAJAAN PERPADUAN yang terbentuk hari ini bersifat inklusif dan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri yang ditadbir oleh pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kata, ia terbukti apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan bantuan kemanusiaan tidak mengikut parti politik sebaliknya kepada semua rakyat ketika dilanda musibah.
"Umpamanya ada kerajaan negeri yang tidak bersama dengan Putrajaya kita tetap membantu kerana kita Kerajaan Perpaduan ini buta warna, tak kira apa parti politik kita bantu.
"Atas nama tanggungjawab dan (nilai) kemanusiaan... kita tetap membantu rakyat yang ditimpa bencana," kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara
Beliau berkata begitu ketika berucap pada Majlis Perasmian MADANI Siaga peringkat Negeri Johor di PPR Melana Indah, Perling pada Jumaat.
Kenyataan Ahmad Zahid itu konsisten dengan kenyataan Perdana Menteri pada Ogos lalu yang menyatakan kerajaan dipimpinnya akan mengubah pendirian untuk membantu setiap rakyat di negara ini.
Untuk rekod, Anwar pada 21 Disember lalu mengumumkan bantuan segera banjir sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu yang dilanda banjir teruk bagi meringankan beban dua negeri berkenaan
Sementara itu Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, dalam usaha memastikan semua pihak siap siaga berdepan risiko berlaku bencana, Ahmad Zahid menyeru agar kerjasama antara rakyat dan agensi kerajaan dapat diperkukuh.
0 Comments