TPM serah polis siasat pembohongan Papagomo


TIMBALAN
Perdana Menteri  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terhadap Papagomo yang mendakwanya menipu Yang di-Pertuan Agong.

Presiden UMNO itu yang merujuk dakwaan bekas blogger Umno itu  berkata, beliau berharap tindakan sewajarnya diambil terhadap pembohongan dan penipuan fakta yang yang dilakukan.
 
“Saya harap polis mengambil tindakan terhadap pembohongan yang dilakukan oleh beliau dan penipuan terhadap fakta yang sebenarnya.

“Apa yang telah kita lakukan adalah mengikut titah Tuanku Agong dan juga mengikut tatacara pembentukan sebuah kerajaan ketika itu, dimana pihak PH ketika itu ada 82 kerusi dan BN ada 30 kerusi. Maka ianya mencukupkan jumlah 112 yang dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan, mengikut titah Tuanku Agong,” katanya.

Beliau berkata demkian selepas Majlis Korban Perdana dan Jamuan Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Pantai Penunjuk, Kemaman, pada Sabtu.

Zahid harap polis ambil tindakan sewajarnya
Terdahulu, Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri dalam satu siaran ‘live’ dilaporkan membuat tuduhan mengenai Ahmad Zahid yang didakwa telah menipu yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.


Susulan tu satu laporan polis terhadap Papagomo dibuat pihaknya.



Post a Comment

0 Comments