TAWARAN elaun pengangkutan pulang mengundi dalam konteks pilihan raya di Malaysia boleh menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, ia sekiranya berlaku salah guna sumber kerajaan negeri dan persekutuan secara langsung atau tidak langsung bagi mendapatkan kelebihan undian.
Katanya, rasuah boleh berlaku apabila terdapat usaha untuk memberikan atau menerima sesuatu yang bernilai dengan tujuan mempengaruhi hasil pilihan raya atau mendapatkan keuntungan tidak sah.
"Sekiranya kemudahan pengangkutan pulang mengundi ini diberikan secara wajar dan tidak melibatkan tindakan penyuapan atau manipulasi, umumnya ia tidak dianggap sebagai rasuah.
"Namun, jika terdapat bukti atau petunjuk adanya tindakan yang melanggar undang-undang atau menunjukkan penyalahgunaan proses pilihan raya, perkara tersebut perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," jelasnya dipetik laporan Sinar pada Ahad.
Jumaat lalu, Pas mencadangkan kesemua enam negeri yang terbabit dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar supaya mereka dapat pulang mengundi pada 12 Ogos nanti.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan menyediakan perkhidmatan bas percuma seperti yang dilakukan kerajaan negeri Kelantan, sewajarnya menjadi ikutan negeri lain sekali gus dapat meningkatkan peratus keluar mengundi.
Tambah Jais, pihaknya berpandangan jika penyediaan bas itu merupakan bantuan kemudahan pengangkutan untuk mendorong pengundi bagi melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka kepada negara adalah wajar dari segi faktor kenegaraan.
![]() |
Isu beri tawaran elaun wajar diteliti dengan terperinci |
"Justeru, MCW menggesa agar isu ini diteliti dengan lebih terperinci berdasarkan undang-undang sedia ada walaupun inisiatif ini datangnya dari pihak kerajaan negeri,"katanya.
0 Comments