PELUANG Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) menawan semula Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini dilihat cerah kerana pengundi semakin faham pentingnya kerjasama baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari berkata, hubungan baik melalui Kerajaan Perpaduan akan memudahkan sebarang urusan pentadbiran yang secara langsung akan memberi manfaat kepada rakyat.
“Ke arah itu kita sedang memperkasakan hubungan gabungan Kerajaan Perpaduan sekarang dan berharap rakyat negeri ini memilih PH-BN untuk mentadbir negeri ini agar sealiran dengan kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Mana-mana kerajaan negeri yang mahu berjaya mesti mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan dan PRN ini merupakan peluang terbaik untuk rakyat membuat pilihan memilih Kerajaan Perpaduan,” katanya dipetik Utusan.
Adly yang merupakan Timbalan Menteri Pertahanan berkata demikian semasa ditemui ketika melakukan lawatan kerja sempena Program Peduli Veteran (PPV) di Merbok, petang semalam. tentera, Nayan Hashim sempena PPV di Merbok, Sungai Petani.
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, kerjasama baik antara menteri besar, ketua-ketua kementerian di peringkat Persekutuan bahkan dengan Perdana Menteri sendiri akan memudahkan pentadbiran termasuk perancangan pembangunan untuk kemudahan rakyat.
![]() |
Hubungan negeri dan persekutuan mesti baik |
“Saya berharap rakyat Kedah akan membuat pilihan terbaik bagi memudahkan jalinan kerjasama ini berlaku dan seterusnya membolehkan segala perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan mudah,” tambahnya.
0 Comments