PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan agar semua pihak supaya tidak terus sewenangnya menjatuhkan hukum ke atas seseorang hanya kerana perbezaan pendapat dan ideologi politik.
Jelasnya, perbezaan pandangan antara kumpulan adalah perkara biasa dan tidak wajar hukum agama digunakan bagi mematahkan hujah lawan.
"Boleh tak beza pendapat. Boleh. Ada tak adab, ada. Maknanya, jikalau beza pendapat boleh tetapi jangan hukum. Jangan hantar orang itu pergi neraka.
"Jangan kata orang itu musuh ALLAH. Jangan hina dan cerca (serta) jangan mengadakan yang tidak ada," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Warga Masyarakat Daerah Kubang Pasu di tapak projek pembinaan Masjid Baharu Changlun, di sini, pada Sabtu.
Sementara itu Anwar dalam ucapannya turut menyarankan agar kitab-kitab lama khazanah keilmuan Islam dijadikan sumber rujukan dalam kehidupan terutama berkaitan adab dan perbezaan pendapat dalam Islam.
Beliau memaklumkan, pemahaman mendalam tentang keilmuan Islam boleh menyelamatkan kekeliruan dan akidah umat Islam terutama dalam kalangan generasi baharu.
![]() |
Budaya takfiri dalam politik mesti dihentikan |
“Tetapi dengan syarat saya kata mesti faham, mesti rujuk betul-betul,” katanya.
0 Comments