PH-BN mampu menang dua pertiga di Pulau Pinang - Kon Yeow


GABUNGAN
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang dijangka mampu menang dengan majoriti dua pertiga jika undi yang diterima pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan dapat disatukan sepenuhnya.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjangkakan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri itu mampu menang dengan majoriti dua pertiga kerusi DUN.

Jelasnya, jangkaan itu mampu dicapai sekiranya kedua-dua penyokong gabungan itu keluar dan memberi undi buat calon dari parti mewakili kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Justeru tambahnya, amat penting untuk kedua-dua pihak bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain.

“Walaupun banyak kali disebut apabila pembangkang (Perikatan Nasional, PN) menang beberapa kerusi Parlimen di Pulau Pinang pada PRU (Pilihan Raya Umum) yang lalu, mereka juga akan menang beberapa kerusi lagi di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) selepas ini.

“Tapi, dalam hal ini, saya mahu meyakinkan jentera (PH-BN) bahawa jangkaan itu hanya berdasarkan kepada apa yang rakyat undi pada PRU sebelum ini sahaja.

“Pada masa itu, ada tiga gabungan (parti) yang besar untuk dapatkan sokongan rakyat iaitu PH, BN dan PN. Bagaimanapun, kali ini, kita akan hadapi PRN dengan gabungan baharu iaitu BN,” kata Ahli Parlimen Batu Kawan itu pada Majlis Pelancaran Jentera Bilik Gerakan Utama N17 Bukit Tengah di Juru.
 
Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan berkata, PH Pulau Pinang akan menggunakan pengalaman selama 15 tahun mentadbir negeri itu bagi meyakinkan pengundi untuk terus memilih mereka selepas ini.

Penyokong PH-BN digesa menangkan calon kerajaan
Katanya, 15 tahun adalah satu tempoh yang agak panjang dan pelbagai kemajuan telah dicapai oleh Pulau Pinang sepanjang tempoh berkenaan.

“Sepanjang lima tahun saya berkhidmat sebagai Ketua Menteri juga, saya bangga dengan prestasi kita (kerajaan PH Pulau Pinang) kerana walaupun berdepan pandemik Covid-19, kita kekal sebagai juara pelabur asing berbanding negeri lain,' katanya.

Post a Comment

0 Comments