DATUK SERI Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Perpaduan pimpinannya bukan saja dapat mengekalkan tiga negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH) dengan kemenangan lebih besar, malah menawan dua negeri pembangkang.
Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan kajian di lapangan dilaksanakan pasukannya, menunjukkan kerjasama PH-BN disenangi rakyat.
Pengerusi PH itu juga tidak menolak kemungkinan untuk terus kekal memerintah di tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
"Kalau dari segi BN dan PH kita tentunya tumpu keenam-enam (negeri) tetapi mengikut perkembangan yang ada sekarang setelah semua kajian dibuat, saya lihat tiga negeri ini sangat kuat.
"Sekarang kita menjurus kepada dua negeri (ditadbir Pas) dan (negeri mana) itu saya akan umum nanti," katanya selepas merasmikan pelancaran “Buku Adab Perbezaan Pendapat dalam Pengukuhan Perpaduan Nasional," katanya selepas melancarkan buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di Putrajaya, hari ini.
Mengulas mengenai pertindihan kerusi antara PH dan BN menjelang PRN, Anwar berkata ia sudah selesai namun beliau masih memberi ruang kepada kepimpinan negeri untuk menyatakan pandangan.
![]() |
Tiga negeri dikuasai PH dijangka akan kekal |
Anwar yang juga Pengerusi PH menambah, PH dan BN akan merasmikan jentera bersama di Selangor Jumaat ini dalam usaha gabungan itu melancarkan gerak kerja di peringkat akar umbi.
-AA
0 Comments