BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gemar memainkan sentimen provokasi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Jelas Ahmad Zahid, tindakan itu dibuat Mahathir bagi memastikan dirinya kekal peka dan relevan terhadap isu semasa.
Tindakan bekas Pengerusi Parti Bersatu itu juga dilihat seperti sengaja dibuat-dibuat susulan pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Saya rasa saya biarkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk jawab (tetapi) mengenali Dr. Mahathir, beliau memang gemar melemparkan isu-isu provokatif dan saya tidak berniat untuk membalas taktik provokasi itu.
“Beliau sudah memikirkannya (untuk membuat dakwaan itu) dan beliau menggunakan taktik ini untuk memprovokasi pihak lain kerana mahu (dilihat) sentiasa peka dalam keadaan umurnya itu,” katanya.
Ahmad Zahid berkata begitu menerusi sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di Putrajaya semalam.
Ia sebagai mengulas susulan dakwaan Dr. Mahathir bahawa tindakan mempromosikan negara berbilang kaum adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Jelas Ahmad Zahid, tindakan itu dibuat Mahathir bagi memastikan dirinya kekal peka dan relevan terhadap isu semasa.
Tindakan bekas Pengerusi Parti Bersatu itu juga dilihat seperti sengaja dibuat-dibuat susulan pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Saya rasa saya biarkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk jawab (tetapi) mengenali Dr. Mahathir, beliau memang gemar melemparkan isu-isu provokatif dan saya tidak berniat untuk membalas taktik provokasi itu.
“Beliau sudah memikirkannya (untuk membuat dakwaan itu) dan beliau menggunakan taktik ini untuk memprovokasi pihak lain kerana mahu (dilihat) sentiasa peka dalam keadaan umurnya itu,” katanya.
![]() | |
Ahmad Zahid dakwa provokasi Tun M dirancang |