UMNO Terengganu dilapor bakal mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Marang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, rayuan akan difail di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh terdekat.
“Semua hujah pasukan peguam kami bagi kes Parlimen Marang ditolak sedangkan saya berpendapat kes (bukti) bagi kerusi itu lebih kukuh berbanding Parlimen Kuala Terengganu,” katanya pada sidang akhbar semalam.
Media pada Rabu melaporkan Pas hilang satu kerusi Parlimen selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad Hashim bagi Parlimen Kuala Terengganu, Hakim Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, Datuk Hassan Abdul Ghani bagaimanapun mengekalkan kemenangan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang di Marang.
Sementara itu peguam Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Hafarizam Harun ketika mengulas keputusan pembatalan kemenangan Ahmad Amzad berkata, pihaknya berjaya membuktikan elemen rasuah berhubung pemberian dana i-Siswa dan i-Belia daripada Pas.
![]() |
Umno Terengganu bakal rayu keputusan Mahkamah |
“Ini selari dengan peruntukan undang-undang pilihan raya dan hakim juga mendapati memberi (dana) kepada pengundi dengan niat meraih undi,” jelas beliau.
0 Comments