KERAJAAN memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah terkawal dan pihak berkuasa akan sentiasa mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negeri itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keselamatan merupakan perkara penting negara dan anggota keselamatan akan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.
“Kita tidak nampak tanda-tanda atau kesan sebarang ancaman setakat ini...dari segi kawalan sempadan, kita hendak memberi jaminan pihak anggota keselamatan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya.
Beliau sebelumnya mengulas mengenai kebarangkalian kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu akan menceroboh Sabah, selepas gagal dalam tuntutan undang-undang terhadap Malaysia.
Pada 8 Jun, Malaysia melakar kejayaan bersejarah, apabila Mahkamah Rayuan Paris memutuskan untuk mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan Dr Gonzalo Stampa (penimbang tara) pada 25 Mei 2020, dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Kumpulan Sulu itu telah mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara antarabangsa terhadap Malaysia di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda, dan Kerajaan Malaysia telah dan sedang mengambil pelbagai tindakan balas perundangan, terhadap mereka.
Sementara itu ketika ditanya mengenai kebocoran maklumat melibatkan isu sempadan antara Malaysia dan Indonesia di peringkat Wisma Putra, Saifuddin Nasution berkata polis sedang menjalankan siasatan.
Beliau juga mengesahkan, Wisma Putra telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keselamatan merupakan perkara penting negara dan anggota keselamatan akan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.
“Kita tidak nampak tanda-tanda atau kesan sebarang ancaman setakat ini...dari segi kawalan sempadan, kita hendak memberi jaminan pihak anggota keselamatan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya.
Beliau sebelumnya mengulas mengenai kebarangkalian kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu akan menceroboh Sabah, selepas gagal dalam tuntutan undang-undang terhadap Malaysia.
Pada 8 Jun, Malaysia melakar kejayaan bersejarah, apabila Mahkamah Rayuan Paris memutuskan untuk mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan Dr Gonzalo Stampa (penimbang tara) pada 25 Mei 2020, dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Kumpulan Sulu itu telah mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara antarabangsa terhadap Malaysia di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda, dan Kerajaan Malaysia telah dan sedang mengambil pelbagai tindakan balas perundangan, terhadap mereka.
![]() | |
KDN sentiasa pastikan keselamatan ditingkatkan |

0 Comments