AHLI POLITIK beragama Islam dan penyokong mereka diingatkan supaya tidak memanipulasi agama hanya untuk kepentingan peribadi.
Tokoh pemikir dan Penyandang Kursi Al-Ghazali, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar berkata demokrasi pada prinsipnya tidak bercanggah dengan ajaran Islam, dan seharusnya, ahli politik perlu memahami kaedah berpolitik yang dianjurkan agama.
Amalan berpolitik dalam Islam jelasnya adalah bersandarkan nilai-nilai syariah yang memberi penekanan kepada perjuangan untuk kebenaran, keadilan dan kebajikan masyarakat serta amalan hormat-menghormati antara satu sama lain dan pihak terbabit perlu mengamalkan konsep, akhlak dan adab berpolitik mengikut syariat
“Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna ajarannya, meliputi semua bidang kehidupan termasuk politik.
“Kita cakap kita ikut sunnah dalam pelbagai bidang tetapi bila sampai (tentang) politik, kita tidak mahu ikut. Itu tidak betul,” katanya pada program Malaysia Petang Ini, terbitan Bernama TV semalam.
Dalam konteks pilihan raya negeri akan datang, Osman berkata pengundi pula harus mengambil pedoman dan mendalami fahaman Islam serta menguatkan pemahaman tentang sistem politik agar tidak diseleweng pihak yang hanya menggunakan sentimen agama untuk meraih undi.
![]() |
Tindakan putar belit agama adalah sikap hina |
“Mereka (pengundi) harus dapat membezakan pihak yang hanya hendak menggunakan agama. Kalau kita tidak tahu apa itu agama dan politik, kita mudah diselewengkan,” tambahnya.
0 Comments