![]() |
SELANGOR menjadi negeri tumpuan utama oleh pelawat domestik dengan mencatatkan rekod tertinggi dengan kehadiran 22 juta pelancong pada tahun lalu.
Menurut statistik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi 2021, Survei Pelancongan Domestik (DTS) menunjukkan Selangor menjadi negeri tumpuan pelawat paling tinggi, diikuti Kuala Lumpur (16.9 juta), Sarawak (15.5 juta), Perak (14.6 juta), dan Pahang (13.2 juta).
"Berlaku peningkatan bagi pelawat domestik di seluruh Malaysia pada 2022, iaitu sebanyak 160.1 peratus dan ia mencatatkan 171.6 juta pelawat berbanding 66.0 juta pelawat pada tahun sebelumnya.
"Tujuan utama pelancongan domestik merangkumi lawatan saudara-mara dan rakan (33.7%), membeli-belah (29.9%), percutian atau mengisi masa lapang (16.4%), perjalanan insentif (8.9%), dan rawatan perubatan atau penjagaan diri (5.0%)," katanya.
Dalam pada itu, sebanyak 50.3 peratus kenaikan dicatatkan bagi kegiatan membeli-belah berbanding 2021, diikuti oleh makanan dan minuman (15.1%) dan penggunaan bahan api kenderaan (11.1%).
Menurutnya lagi, pendapatan isi rumah antara RM5,001 hingga RM10,000 mencatatkan sumbangan tertinggi bagi klasifikasi pelawat domestik mengikut pendapatan isi rumah, iaitu sebanyak 31.2 peratus.
-AA
0 Comments