KKR akan bina semula laluan Jeli- Gerik


SEBANYAK  RM30 juta diperuntukkan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi membina semula sebahagian laluan Lebuhraya Timur Barat di Jeli-Gerik, Perak.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya sebelum ini berdepan kekangan kos sebanyak RM80 juta hingga RM100 juta untuk melaksanakan pembinaan semula laluan itu.

"Bagi pembinaan semula di sepanjang laluan berkenaan memerlukan RM80 juta hingga RM100 juta. Namun disebabkan kita hanya mendapat peruntukan RM30 juta, kita akan melaksanakan di sebahagian laluan berkenaan.
 
"Perincian projek sama ada membabitkan jumlah kilometer dan bermula dari mana sama ada dari Jeli atau Gerik, ia belum dibincangkan," katanya.

Alexander berkata begitu kepada pemberita selepas Majlis Perasmian pembinaan jejambat (flyover) dari arah Kota Bharu merentangi Bulatan Wakaf Bharu Ke Pengkalan Kubor di Wakaf Bharu pada Isnin.
 
Media sebelum ini melaporkan, penggantian struktur laluan Lebuh Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik, Perak-Jeli, Kelantan bernilai RM80 juta antara perkara yang dibincangkan delegasi kerajaan Perak bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Keadaan jalan resahkan pengguna
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata masalah itu perlu tindakan segera kerana keadaan laluan terbabit meresahkan rakyat terutama yang menggunakan jalan itu.


Dijangkakan kerja-kerja pembinaan itu akan bermula tahun ini.

Post a Comment

0 Comments