KERAJAAN Negeri menyasarkan lebih ramai penduduk di negeri itu akan menggunakan kenderaan awam bagi mmenepati matlamat bandar rendah karbon menjelang tahun 2030.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran tersebut terkandung dalam Plan Induk Pembangunan Awam negeri ini dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
“Negeri menyasarkan menjelang 2030 nisbah penggunaan kenderaan awam dan kenderaan peribadi adalah pada kadar 6:4 yang berbeza situasi sekarang dalam keadaan terbalik," jelasnya ketika berucap sesi libat urus RMK12 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut cita-cita itu, Amirudin menegaskan satu jaringan tersusun dan rancangan menyeluruh perlu diadakan untuk menangani trafik.
Selain itu, pembangunan infra pengangkutan awam di kawasan kritikan juga perlu dilaksana terutama di kawasan zon utara negeri itu.
“Sebenarnya di kawasan utara negeri Selangor belum lagi dihubungkan sepenuhnya dengan rangkaian kereta api.
“Dari Klang ke Sabak Bernam belum disambungkan dengan kereta api. Mungkin kerajaan boleh rangka kalau tidak di RMK12 mungkin RMK13,” katanya.
Selain itu Amirudin dalam ucapannya berkata, Selangor bersedia membantu Putrajaya membangunkan projek pengangkutan awam di negeri itu untuk menambah baik kecekapan, sekali gus memanfaatkan orang ramai.
![]() |
Selangor sedia kerjasama dengan Putrajaya |
“Solusinya memerlukan pelbagai pendekatan. Misalnya, penggunaan bas mini dan van, serta kereta-kereta e-panggilan. On-demand transit merupakan kaedah yang dapat attraction yang agak tinggi dalam kalangan rakyat,” katanya dipetik.
0 Comments