Kerjasama inovasi TM-ZTE kukuh lanskap digital Malaysia


PERKONGSIAN
strategik bernilai lebih RM50 juta antara Telekom Malaysia Bhd (TM) dan ZTE Malaysia Corporation Sdn Bhd (ZTE) yang dimeterai mampu memperkukuh landskap digital Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Bercakap selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara dua syarikat itu pada Khamis, Fahmi berkata, pelaburan itu turut sama mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia.

“Kerjasama itu ditetapkan untuk berfungsi sebagai platform latihan penting, memanfaatkan lebih 30,000 individu dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dan kepakaran yang diperlukan dalam sektor digital

“Dengan memanfaatkan kemahiran dan keupayaan rakyat Malaysia, negara dapat memanfaatkan modal insannya dengan berkesan dan memastikan mereka memainkan peranan penting dalam membentuk landskap digital Malaysia,” katanya.

Bakal buka peluang pekerjaan baharu
Melalui MoU itu kedua-dua syarikat akan bekerjasama dalam pelbagai inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memacu inovasi dan transformasi digital kepada pelanggan dan industri.
 
Selain Fahmi, turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Mohamad S

Post a Comment

0 Comments