PENGERUSI Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mendedahkan beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan? pada Jumaat Syed Mokhtar keakraban yang terjalin sehingga beliau menyifatkan Anwar sebagai abang.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu jelasnya membantu sejak bertahun-tahun lalu dalam menyelesaikan pelbagai isu untuk menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik untuk didiami.
"Hari ini merupakan adalah hari istimewa buat saya. Ini pertama kami saya menyampaikan ucapan (berhubung Anwar) di khalayak ramai. Saya minta maaf jika anda bosan tetapi saya rasa penting untuk berkongsi mengenai 'untold story' ini.
"Hari ini, saya ingin menceritakan pengalaman yang belum pernah diceritakan mengenai 'abang', di mana kali pertama saya berjumpa dengan beliau yang membawa harapan serta impian tinggi. Beliau yang saya anggap sebagai pembaca, pemikir dan berfalsafah.
"Beliau tidak lain tidak bukan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau sudah menjadi 'abang' kepada ahli perniagaan lain juga," kata tokoh perniagaan yang merupakan antara individu terkaya di Malaysia itu.
Berkongsi lanjut tentang keakrabannya dengan Ahli Parlimen Tambun itu, Syed Mokhtar memberitahu, beliau pertama kali bertemu dengan Anwar pada 1984 yang ketika itu merupakan Menteri Pertanian.
"Jika tidak kerana abang, tidak akan ada muzium, tak ada Albukhary yang menjadi tunggak kepada Yayasan Albukhary," ujarnya
Terdahulu, Anwar hadir merasmikan Pameran ‘Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan?’ di Muzium Kesenian Islam Malaysia di ibu negara.
Pameran itu melakar sejarah tersendiri di Asia apabila menampilkan pameran seni definitif dari era Orientalism dan dianjurkan sehingga 15 Oktober ini.
Disember lalu, PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS) yang dimiliki Syed Mokhtar menyatakan persetujuan memberi dana sebanyak RM60 juta bagi membantu golongan pesawah.
![]() |
Syed Mokhtar pertama kali bertemu Anwar pada 1984 |
Ujarnya, tokoh berpengaruh itu sangat baik hati walaupun berdepan dengan beberapa tindakan keras daripada kerajaan.
0 Comments