Sanusi mencarut, tak tunjuk sikap seorang pemimpin

 

DUA laporan polis difailkan terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Md Nor kerana didakwa mengeluarkan ucapan lucah dan kesat, dalam ceramah Perikatan Nasional (PN) di Permatang Pauh baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid dan Adun Sungai Pinang Lim Siew Khim, meminta polis menyiasat Sanusi berhubung ucapannya merujuk kepada alat kelamin lelaki.
 
Syerleena dalam kenyataan berkata, ucapan sanusi yang merujuk alat sulit itu dibuat “tanpa mengendahkan penontonnya yang juga terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak”.

Tindakan tanpa malu dan menjijikkan itu jelasnya tidak menggambarkan sikap yang perlu ditunjukkan seorang Menteri Besar.

Tambahnya, tindakan Sanusi itu tidak boleh dikompromikan, dan kenyataan itu boleh dikategorikan sebagai kesalahan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan mendatangkan khianat awam.

Sementara itu Lim menyifatkan kenyataan Sanusi sebagai “perwatakan kurang beradab” dan “kurang cerdik” bagi seorang pemimpin politik.

“Penggunaan kata-kata lucah tersebut mencerminkan perwatakan kurang beradab dan kurang cerdik, lebih-lebih lagi seorang berjawatan tinggi dan bergelar menteri besar Kedah,” katanya.

Sanusi tidak tunjuk contoh pemimpin yang baik
Sanusi sering mencetuskan kenyataan-kenyataan yang menimbulkan polimik dan rasa tidaka selesa kepada rakyat di negera ini.

Tahun lalu, dia berdepan kritikan kerana didakwa mengeluarkan ulasan merendahkan wanita bertanding sebagai calon di Parlimen Sik.

Dilaporkan, Sanusi menghentam Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH)kerana mencalonkan wanita bagi kerusi itu, selain mendakwa calon dikemukakan tidak berupaya berkhidmat kepada pengundi di kawasan pedalaman.