MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu menafikan khabar angin yang mendakwa harga beras putih tempatan mengalami kenaikan harga.
Ketika perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu Mohamad berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga beras tempatan itu akan terus kekal pada harga RM2.60 sekilogram.
Tambahnya, hanya harga beras import berkualiti tinggi sahaja yang mengalami kenaikan harga dan kenaikan harga itu tidak menjejaskan harga beras tempatan.
“Sekarang ini heboh tentang beras putih naik harga (sebanyak) lima peratus. Saya memberi jaminan yang naik harga itu adalah beras import yang berkualiti tinggi untuk makanan orang-orang berada.
“Tetapi untuk orang awam, rakyat Malaysia, keadaan beras (tempatan) terjamin di sekitar RM2.60 sekilogram,” katanya ketika sidang Dewan Rakyat pada Rabu..
Sementara itu Mohamad berkata, kementeriannya turut meningkatkan usaha untuk mencukupkan pengeluaran beras tempatan termasuk melaksanakan Program Smart Sawah yang berskala besar.
"Memang sekarang ini pesawah kebanyakannya dijalankan oleh mereka yang berumur. Dengan konsep berskala besar dan penggunaan teknologi baru, anak muda mula terlibat secara aktif.
"Kita sedang galakkan lagi dengan memberikan pelbagai insentif kepada mereka," ujarnya.
![]() |
Kerajaan mahu perkasa sektor tanaman padi |
"Stok beras kita alhamdulillah mencukupi walaupun dalam keadaan pandemik. Soal beras ini, tidak berlaku kekurangan walaupun kadang-kala ada kekurangan di satu dua tempat," katanya.
0 Comments