PELAN Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (Hydrogen Economy and Technology Roadmap-HETR) yang diwujudkan Mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) dijangka mampu menjana RM12.1 bilion kepada pendapatan negara menjelang tahun 2030.
Dalam tempoh sama, HETR juga diunjur menyumbang antara RM49 bilion dan RM61 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain menyediakan sebanyak 45,000 peluang pekerjaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, HETR bakal meletakkan Malaysia dalam kedudukan global yang menguntungkan kerana pasaran global bagi hidrogen hijau diunjurkan mencapai AS$189.19 bilion pada tahun 2050.
“HETR ini menyokong Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 di bawah Dasar Tenaga Negara 2022-2040.
“Dasar ini akan diperincikan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan dijangka dilancarkan pada akhir bulan ini (26 Jun) – Persidangan Energy Asia 2023],” katanya ketika sidang media yang dibacakan oleh Menteri Sains dan Teknologi (MOSTI), Chang Lih Kang Pusat Sains Negara semalam susulan mesyuarat Majlis Mesyuarat Sains Negara yang julung kalinya diadakan pada Rabu.
HETR telah mula digunakan oleh beberapa negara luar bagi meneroka penggunaan hidrogen antaranya dalam sektor mobiliti, industri dan sektor-sektor intensif tenaga yang lain.
Ia selaras dengan sasaran peralihan tenaga, keperluan penyahkarbonan serta selaras dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Sementara itu jelas Chang, MOSTI telah melaksanakan inisiatif dan projek berkaitan teknologi hidrogen meliputi penjanaan dan mobiliti hidrogen menerusi kerjasama antara agensi dan industri tempatan.
"Di Malaysia, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Sarawak Energy Berhad telah bekerjasama dalam pengeluaran komersial hidrogen hijau dan penerokaan rantaian bekalan nilainya di Asia bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga bersih global.
"Antaranya melalui pengukuhan keupayaan penyelidikan, peningkatan pengetahuan dalam teknologi serta pembangunan berkaitan hidrogen," katanya lagi.
![]() |
HERT bakal letak Malaysia di kedudukan global |
Ia termasuk persetujuan untuk memperkasa pelajaran bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang akan dikemudi Kementerian Pendidikan.