PROSES pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) yang sebelum ini dinyahwartakan pada 2021 sudah dimuktamadkan dalam mesyuarat exco dua minggu lalu.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan proses pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) sudah dimuktamadkan.
Naib Presiden KEADILAN itu pada Sabtu berkata, mesyuarat exco meluluskan pewartaan semula HSKLU dua minggu lalu.
Justeru isu tersebut dianggap sudah selesai dan pelaksanaannya akan dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).
“Sudah (diwartakan semula) dalam mesyuarat exco dua minggu lalu. Jumlah keluasan hutan masih sama seperti sebelum ini. Pelaksanaan akan dilakukan oleh JPNS,” katanya selepas Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam.
Penyahwartaan HSKLU sebelum ini telah dimaklumkan oleh Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian di Sidang DUN, 30 Ogos 2021.
![]() |
Isu HSKLU dianggap telah selesai |
Katanya, sebanyak 581.48 hektar kawasan turut diluluskan sebagai gantian hutan simpan kekal di negeri ini.
0 Comments