PN dah tak boleh dakwa mereka bersih - Ahmad Maszlan


KEPUTUSAN Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan calon Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hamzah menunjukkan mereka bukan parti yang suci dan bersih.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dengan keputusan itu, Perikatan Nasional (PN) tidak boleh mendabik dada seolah-olah mereka bersih.

Keputusan mahkamah tersebut dengan jelas menunjukkan berlakunya politik wang atau sogokan kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

"Slogan ‘bersih dan stabil’ yang ditonjolkan oleh calon-calon PRN pada PRU15, jelas tidak menggambarkan apa yang diperkatakan kerana juga melakukan salah laku bagi menarik pengundi," katanya menurut laporan media.

Mahkamah Pilihan Raya yang bersidang pada 27 Jun lalu telah membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU15 lalu.

Mahkamah buktikan PN tak bersih
Mengulas mengenai keputusan itu, Ahmad Maslan berkata tindakan yang diambil oleh UMNO Terengganu untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kerusi tersebut mempunyai asas yang kukuh berdasarkan kepada bukti-bukti yang ada.

“UMNO bersyukur dan berterima kasih dengan barisan peguam yang telah bekerja keras bagi memastikan bantahan yang dikemukakan berjaya memberikan kemenangan,” katanya ketika ditemui pada program ibadah korban UMNO Bahagian Pontian, pada Khamis.
 

Post a Comment

0 Comments