PAKATAN HARAPAN (PH) Selangor meletakkan sasaran memenangi 51 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang djangka akan diadakan pada Ogos ini.
Pengarah Pilihan Raya PH Selangor Mohd Yahya Mat Sahri ketika meletakkan sasaran itu berkata, ia mampu dicapai berdasarkan rekod prestadi ditunjukkan pentadbiran Menteri Besar dalam membangunkan negeri itu.
Ia jelasnya ditambah dengan pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat Selangor.
"Kita yakin pengundi nampak prestasi pentadbiran di Selangor yang menyantuni rakyat dengan pelbagai inisiatif yang membantu rakyat seperti Skim Air Darul Ehsan, Skim Perlindungan Insurans dan Takaful Percuma, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, dan Skim Mesra Warga Emas.
"Selain itu kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) juga mampu mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan perpaduan ini serta dapat menarik lebih banyak undi," katanya.
Beliau sebelumnya ditemui pemberita selepas Mesyuarat Khas MPP KEADILAN di Putrajaya pada Ahad.
Terdahulu, Mohd Yahya berkata mesyuarat selama sejam setengah yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut dihadiri Timbalan Presiden Rafizi Ramli, Naib-naib Presiden dan Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan Jumaat lepas, dan dengan pembubaran itu, pentadbiran Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.
Pada PRU-14, PH mendominasi kerajaan negeri apabila memenangi 51 daripada 56 kerusi, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.
![]() |
Kerajaan Selangor tunjuk urus tadbir cemerlang |
Satu lagi kerusi, DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.
0 Comments