SATU dasar baharu yang mewajibkan semua rakyat Malaysia menerima pendidikan sehingga Tingkatan Lima sedang dirangka kerajaan.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying memaklumkan dasar yag mahu dirangka itu bagi memastikan generasi muda mendapat pendidikan yang cukup.
"Ini adalah satu rancangan yang kita rasa memang kita perlu lakukan sebab kita mesti memastikan anak-anak murid mendapatkan pembelajaran yang cukup.
"Sekarang kita memang menghadapi masalah keciciran, jadi ini bukan hanya cakap semata-mata tetapi memang banyak rancangan yang kita perlu buat.
"Jadi dalam beberapa tahun ini kita perlu memastikan ia dijalankan," katanya.
Ahli Parlimen Tanjung itu sebelumnya ditemui pemberita selepas menyertai sesi jelajah kementerian ke DUN Kinrara di sini, yang turut dihadiri ADUN Kinrara Ng Sze Han.
![]() |
K'jaan mahu generasi muda dapat pendidikan terbaik |
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Januari lalu menegaskan kementerian akan terus memastikan hak kesaksamaan pendidikan dapat dipenuhi untuk semua anak-anak di negara ini termasuk memastikan semua pelajar dapat menghabiskan peringkat persekolahan mereka.
0 Comments