MANA-MANA individu yang berterusan mengambil kesempatan menyebar maklumat palsu berhubung isu tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, sempadan negeri Pulau Pinang jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, justeru isu tersebut tidak aseharusnya berbangkit.
“Saya ingin menegaskan kalau kita teliti dalam Perlembagaan memang jelas disebut (bahawa) negeri Pulau Pinang, maka tidak ada bagi saya syak wasangka atau tiada rasa waswas tentang perkara tersebut.
“Selagi mana ia termaktub dalam Perlembagaan, semua pihak wajib akur dengan kedudukan seperti itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Komuniti MADANI peringkat Negeri Pulau Pinang di Midtown Perda, Kubang Menerong Pulau Pinang semalam.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebelumnya diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang berterusan menegaskan Pulau Pinang adalah milik Kedah.
![]() |
Jangan main isu cetus keamanan negara |
“Saya difahamkan ada laporan polis telah dibuat dan saya serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan serta mengambil apa-apa tindakan yang dirasakan perlu,” katanya.
0 Comments