Anwar cabar buktikan siasatan rasuah bermotif politik


PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menafikan dakwaan bahawa siasatan yang sedang berjalan membabitkan beberapa ahli politik pembangkang adalah bermotifkan politik.

Memetik laporan Bernama, Anwar menggesa pihak yang mendakwa siasatan oleh SPRM atau badan penguatkuasa adalah atas arahan politik mengemukakan bukti atas tuduhan itu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu mendakwa serbuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di rumah ketua pembangkang Hamzah Zainudin bermotifkan politik.

Hamzah dan beberapa pemimpin PN turut menggunakan naratif serupa dengan dakwaan kerajaan menggunakan SPRM sebagai alat politik, selepas Muhyiddin dan beberapa pemimpin Bersatu didakwa atas tuduhan rasuah.

Pada Mac, Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM32.7 juta. Pengerusi PN itu turut berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan didakwa atas pertuduhan iaitu meminta dan menerima rasuah berhubung projek Jana Wibawa.

Ahad lalu, LHDN mempertahankan langkahnya "memeriksa" kediaman ketua Hamzah Zainudin.


LHDN sebelum ini mempertahan siasatan mereka
LHDN berkata tindakan menggeledah kediaman pembayar cukai sememangnya kegiatan penguatkuasaan yang dilakukannya dalam kes siasatan cukai dan ia dilaksanakan tanpa menyasarkan mana-mana pihak.


"Penguatkuasaan dijalankan tanpa rasa takut dan pilih kasih. Malah, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan LHDN perlu kekal bebas daripada sebarang pengaruh," kata badan itu lagi.



Post a Comment

0 Comments