PM ke Indonesia, hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke- 42


PERDANA MENTERI
, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Nusa Tenggara Timur, Indonesia selama tiga hari bermula hari ini.

Berdasarkan jadual, beliau akan mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) sebaik tiba di Repubulik itu seterusnya menghadiri Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT).

"Kedua-dua sidang kemuncak ini akan mengukuhkan lagi kerjasama yang menyasarkan kepada peningkatan aktiviti rentas sempadan dalam usaha meningkatkan lagi nilai perdagangan dan pelaburan di wilayah-wilayah itu," kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan.

Selain itu,  Perdana Menteri juga turut dijadualkan menghadiri empat sesi pertemuan penting dengan wakil-wakil Belia ASEAN, Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN, Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dan Pasukan Petugas Peringkat Tinggi Mengenai Visi Komuniti ASEAN Pasca-2025.

PM Anwar akan hadiri beberapa pertemuan penting
"Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 merupakan platform kepada semua negara anggota untuk membincangkan hala tuju ASEAN dan usaha-usaha pembangunan Komuniti ASEAN, yang merangkumi Visi Komuniti ASEAN Pasca-2025 serta Pelan-Pelan Tindakan untuk ketiga-tiga tonggak Komuniti ASEAN, iaitu politikkeselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.

“Doakan semoga Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 kali ini akan berjalan lancar dan dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara negara-negara ASEAN dan seterusnya memperhebat gagasan ASEAN di peringkat global,” tambah Zambry dalam kenyataan tersebut.

Post a Comment

0 Comments