PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sumbangan masing-masing berjumlah RM1 juta kepada Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Pada ucapan bersempena Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Ahad, Anwar berkata sumbangan itu bertujuan bagi memastikan pengurusan dua kesatuan pekerja itu dapat dijalankan secara lebih teratur.
"(Pemberian sumbangan ini) kerana (kerajaan) menghormati dan mengiktiraf peranan kedua-dua kesatuan gergasi di negara kita ini.
"(Selain itu juga untuk) pastikan bahawa pengurusan lebih kemas, saya akan tambah sebanyak RM1 juta kepada MTUC dan Cuepacs.
"Saya hendak lihat pengurusan kedua-dua kesatuan ini lebih cekap (dalam membela nasib pekerja)," katanya.
![]() |
Kebajikan golongan pekerja akan dipelihara |
Pada ucapannya juga, Anwar turut menggesa Cuepacs dan MTUC agar memainkan peranan sebaiknya untuk menjaga hak dan kebajikan ahli-ahli mereka.
0 Comments