KERAJAAN Negeri Selangor terus melaksana beberapa program untuk memastikan rakyat di negeri itu dapat hidup dengan lebih sejahtera.
Terbaharu, Kerajaan Negeri pimpinan KEADILAN itu mengumumkan tambahan tambahan peruntukan kepada RM5 juta berbanding hanya RM3 juta sebelum ini untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak istimewa di Selangor melalui pendidikan.
“Bukan itu sahaja, kewujudan Jabatan Anak Istimewa Selangor (AnIS) menjadikan Selangor satu-satu negeri yang mempunyai jabatan khas untuk menjaga kebajikan golongan ini.
“Pelbagai program dirangka daripada memberi bantuan, melatih pendidik sehinggalah memberi kemahiran bekerja,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.
Sementara itu jelasnya, Kerajaan Negeri juga berhasrat mewujudkan Pusat Prasekolah AnIS di setiap pihak berkuasa tempatan.
Melalui usaha menubuhkan pusat jagaan harian anak kelainan upaya (OKU) berusia lima hingga enam tahun itu jelasnya akan sedikit sebanyak membantu meringankan beban ibu bapa kurang berkemampuan.
Ketika ini jelasnya, hampir 100 permohonan telah dibuat ibu bapa untuk memasukkan anak mereka ke Prasekolah AnIS pertama yang ditubuhkan di Seksyen 7, Shah Alam dengan 35 daripadanya sedang mengikuti pembelajaran.
Terbaharu, Kerajaan Negeri pimpinan KEADILAN itu mengumumkan tambahan tambahan peruntukan kepada RM5 juta berbanding hanya RM3 juta sebelum ini untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak istimewa di Selangor melalui pendidikan.
“Bukan itu sahaja, kewujudan Jabatan Anak Istimewa Selangor (AnIS) menjadikan Selangor satu-satu negeri yang mempunyai jabatan khas untuk menjaga kebajikan golongan ini.
“Pelbagai program dirangka daripada memberi bantuan, melatih pendidik sehinggalah memberi kemahiran bekerja,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.
Sementara itu jelasnya, Kerajaan Negeri juga berhasrat mewujudkan Pusat Prasekolah AnIS di setiap pihak berkuasa tempatan.
![]() |
Kebajikan rakyat Selangor jadi keutamaan |

0 Comments