KERAJAAN PERPADUAN terus membantu merialisasi impian rakyat untuk memiliki kediaman tanpa perlu membayar wang pendahuluan walaupun Program Skim Rumah Pertamaku (SRP) diumum telah dihentikan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kerajaan bersetuju meneruskan pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion nilai pinjaman.
Melalui skim dibawah Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang dilancarkan KPKT dengan kerjasama Kementerian Kewangan tahun lalu itu, kementerian menjangkakan lebih 20,000 bakal peminjam akan mendapat manfaat melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad.
“SJKP adalah program menawarkan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan ekonomi gig.
“Sehingga 31 Dis 2022, seramai 16,808 peminjam menerima manfaat dengan nilai pinjaman RM2.32 bilion daripada pelaksanaan SJKP ini,” kata kenyataan itu.
Sementara itu menurut KPKT, pihaknya akan terus menyokong usaha membantu peminjam mencapai impian pemilikan rumah sejajar aspirasi dan keprihatinan kerajaan demi kesejahteraan rakyat.
“Justeru, inisiatif ini akan membolehkan profil pembeli B40 dan M40 lebih kompetitif untuk mendapat tawaran pembiayaan rumah daripada institusi kewangan,” katanya.
SKJP mudahkan pembeli miliki rumah sendiri |
KPKT berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan SRP, seramai 86,708 peminjam mendapat manfaat daripada nilai pembiayaan berjumlah RM19.9 bilion.
0 Comments