Selangor gerak bantuan banjir ke Johor hari ini

 


KERAJAAN Selangor akan menggerakkan misi menghantar bantuan ke mangsa banjir di negeri Johor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu yang akan dihantar hari ini meliputi barangan keperluan asas dan makanan.

"Misi pertama bermula esok (sabtu) dengan penghantaran barang keperluan asas seperti makanan dan kit kebersihan ke Depoh Simpanan Keperluan Bencana, di Muar, Johor.
 
"Doa buat sekalian rakyat Negeri Johor akan dipelihara dan diberi kemudahan menghadapi ujian ini," katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Beliau turut memberitahu, 'Misi Bantuan Kita Selangor Penyanyang' ke Johor itu telah diluluskan dalam Mesyuarat Exco yang diadakan pada Jumaat.

Setakat 8 malam ini, jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 34,849 orang berbanding 32, 870 orang pada 4 petang tadi, meskipun banjir di daerah Kulai surut sepenuhnya.

Selangor hantar keperluan asas dan makanan
Ia berikutan terdapat peningkatan mangsa di beberapa daerah sekali gus menyaksikan pembukaan 10 lagi pusat pemindahan sementara (PPS), menjadikan jumlah keseluruhan 225 PPS beroperasi di sembilan daerah, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).  

Ia dianggap sebagai bencana banjir terburuk melanda negeri itu sejak 2006.

Post a Comment

0 Comments