SEBANYAK 10,605 peserta dari seluruh negara telah mendaftar untuk menyertai program jana pendapatan melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan pada 26 Februari lalu.
Perkara itu dikongsikan Menteri EKonomi, Rafizi Ramli hantaran di laman Facebooknya.
Tambah Timbalan Presiden KEADILAN itu, Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) menerima pendaftaran tertinggi dengan 56 peratus, 32 peratus penddaftaran bagi kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) dan 12 peratus Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
“Kementerian Ekonomi akan berhubung dengan para pemohon untuk langkah dan tindakan yang seterusnya.
“Kepada yang berminat dan masih belum memohon, anda boleh klik link ini untuk mendaftar https://ipr.epu.gov.my/login,” katanya.
IPR yang dilancarkan Kementerian ekonomi bertujuan membantu golongan miskin tegar, miskin dan B40 menjana pendapatan mampan.
![]() |
Usaha kerajaan bantu B40 dan miskin tegar |
Inisiatif ini melibatkan kerjasama antara kerajaan, rakyat dan rakan strategik selaras dengan pendekatan keseluruhan negara seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) serta prinsip Ihsan di bawah Kerangka Dasar Madani.
0 Comments