MENTERI DALAM NEGERI (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengeluarkan arahan supaya anggota keselamatan dibawah kementerian itu untuk memastikan bantuan kepada rakyat terlibat banjir di Johor dapat tiba tepat pada masanya.
Saifuddin yang ditemui pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Kluang berkata, dari segi kekuatan anggota, polis kontinjen Johor mempunyai keupayaan 4,000 lebih anggota yang bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.
"Itu 4,000 anggota yang tersedia dan sebentar tadi, saya ada berbincang dan memberi arahan terus kepada pimpinan polis negeri supaya bantuan itu dapat tiba dengan tepat pada masanya dengan misi utama untuk menyelamatkan nyawa.
"Kalau campur dengan agensi lain termasuk RELA, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan agensi lain sebagainya (bawah) KDN, itu sebenarnya sudah lebih menghampiri 7,000 orang," katanya.
Walau bagaimanapun tambahnya, pihak kementerian mengambil maklum keperluan kerajaan negeri Johor yang memerlukan kekuatan dan tenaga petugas tambahan memandangkan banjir yang melanda negeri itu secara relatifnya besar.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata buat masa ini, polis kontinjen Johor mempunyai keupayaan 4,000 lebih anggota yang bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.
Sekiranya ada keperluan, KDN jelasnya sedia mengatur gerak pasukan polis dari negeri-negeri yang tidak terjejas.
"Ini turut termasuk menurunkan semua aset polis atau agensi lain bawah KDN seperti kenderaan pacuan empat roda, lori, bot pelampung dan tali penyelamat dan sebagainya bagi memudahkan operasi penyelamatan," jelas Setiausaha Agong KEADILAN itu.
Banjir di Johor kali ini disifatkan sebagai terburuk sejak 2006.
Setakat 8 malam tadi, jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 34,849 orang berbanding 32, 870 orang pada 4 petang.
Sebanyak 225 PPS beroperasi di kesemua 10 daerah dengan Segamat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 12,258 orang dari 3,511 keluarga dipindahkan ke 78 PPS.
Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera RM50 juta untuk Johor bagi tujuan melaksanakan kerja baik pulih infrastruktur yang rosak disebabkan bah serta membantu mangsa.
Anwar ketika mesyuarat Kabinet semalam turut telah mengarahkan menteri yang tidak mempunyai jadual penting supaya segera turun bagi melihat sendiri keadaan banjir di Johor dan membuat laporan langsung kepada beliau.
Saifuddin yang ditemui pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Kluang berkata, dari segi kekuatan anggota, polis kontinjen Johor mempunyai keupayaan 4,000 lebih anggota yang bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.
"Itu 4,000 anggota yang tersedia dan sebentar tadi, saya ada berbincang dan memberi arahan terus kepada pimpinan polis negeri supaya bantuan itu dapat tiba dengan tepat pada masanya dengan misi utama untuk menyelamatkan nyawa.
"Kalau campur dengan agensi lain termasuk RELA, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan agensi lain sebagainya (bawah) KDN, itu sebenarnya sudah lebih menghampiri 7,000 orang," katanya.
Walau bagaimanapun tambahnya, pihak kementerian mengambil maklum keperluan kerajaan negeri Johor yang memerlukan kekuatan dan tenaga petugas tambahan memandangkan banjir yang melanda negeri itu secara relatifnya besar.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata buat masa ini, polis kontinjen Johor mempunyai keupayaan 4,000 lebih anggota yang bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.
Sekiranya ada keperluan, KDN jelasnya sedia mengatur gerak pasukan polis dari negeri-negeri yang tidak terjejas.
"Ini turut termasuk menurunkan semua aset polis atau agensi lain bawah KDN seperti kenderaan pacuan empat roda, lori, bot pelampung dan tali penyelamat dan sebagainya bagi memudahkan operasi penyelamatan," jelas Setiausaha Agong KEADILAN itu.
Banjir di Johor kali ini disifatkan sebagai terburuk sejak 2006.
Setakat 8 malam tadi, jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 34,849 orang berbanding 32, 870 orang pada 4 petang.
Sebanyak 225 PPS beroperasi di kesemua 10 daerah dengan Segamat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 12,258 orang dari 3,511 keluarga dipindahkan ke 78 PPS.
![]() | |
KDN sedia kerah anggota bantu Johor jika perlu |

0 Comments