KERAJAAN melalui Kementerian Komunikasi Dan Digital akan memastikan hak royalti pemuzik tanah air termasuk membabitkan keluarga Allahyarham Tan Sri P. Ramlee terus terbela.
Menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan membentuk satu jawatankuasa khas dalam tempoh terdekat bagi meneliti isu pembayaran royalti itu.
Dalam sidang media pasca-mesyuarat Kabinet di kementeriannya pada Jumaat, beliau turut menjelaskan isu royalti itu akan turut dibincangkan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti soal pembayaran royalti terhadap golongan pemuzik tanah air termasuk waris kepada Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee.
"Isu ini bukan hanya memberi kesan kepada waris keluarga Allahyarhan Tan Sri P. Ramlee tetapi juga pemuzik lain.
"Saya akan bermesyuarat dengan Menteri KPDN minggu depan untuk membentuk jawatankuasa bagi meneliti aspek pembayaran royalti serta pembangunan industri muzik,” katanya dipetik.
Febuari lalu, Sazali bin Teuku Zakaria yang merupakan waris P. Ramlee merayu kerajaan melanjutkan tempoh bayaran royalti atas karya bapanya yang berakhir pada 29 Mei depan.
Jelasnya, bayaran royalti itu merupakan punca rezekinya tambahan beliau kini semakin uzur dan sudah tidak mempunyai kudrat untuk kembali bekerja.
Difahamkan KPDN sebelum ini berhasarat melihat secara menyeluruh berhubung masalah yang membelenggu golongan penggiat seni meliputi aspek hak cipta melalui penubuhan jawatankuasa bertindak yang akan melibatkan komposer, penyanyi dan syarikat rakaman.
Menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan membentuk satu jawatankuasa khas dalam tempoh terdekat bagi meneliti isu pembayaran royalti itu.
Dalam sidang media pasca-mesyuarat Kabinet di kementeriannya pada Jumaat, beliau turut menjelaskan isu royalti itu akan turut dibincangkan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti soal pembayaran royalti terhadap golongan pemuzik tanah air termasuk waris kepada Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee.
"Isu ini bukan hanya memberi kesan kepada waris keluarga Allahyarhan Tan Sri P. Ramlee tetapi juga pemuzik lain.
"Saya akan bermesyuarat dengan Menteri KPDN minggu depan untuk membentuk jawatankuasa bagi meneliti aspek pembayaran royalti serta pembangunan industri muzik,” katanya dipetik.
Febuari lalu, Sazali bin Teuku Zakaria yang merupakan waris P. Ramlee merayu kerajaan melanjutkan tempoh bayaran royalti atas karya bapanya yang berakhir pada 29 Mei depan.
![]() | |
Kebajikan seniman terus dijaga dan dipertahan |

0 Comments