Sabah ada potensi jadi negara maju jika hapus ketirisan - Anwar


NEGERI SABAH mempunyai potensi besar untuk dimajukan dan diangkat martabatnya jika pemimpin dan rakyat di negeri itu bersatu menolak amalan negatif, kata Perdana Menteri.

Keyakinan itu dinyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Sabah, di Kota Kinabalu pada Selasa.

"Tiada negara atau negeri yang dapat bertahan sekiranya wujud ketirisan sehingga menyebabkan kehilangan bilion ringgit.

"Nama Malaysia dulunya harum, tetapi disebabkan skandal kewangan, kehilangan wang...ini bukan salah rakyat sebaliknya beberapa individu," katanya.

Sementara itu Anwar turut menegaskan tugas pertamanya sebagai Perdana Menteri adalah menegakkan prinsip keadilan untuk semua rakyat di negara ini.

Beliau turut memberikan jaminan bahawa golongan miskin tegar di negara ini akan diselamatkan dengan kekuatan jentera kerajaan Pusat dan setiap negeri.


Idealisme dan muafakat perlu diperkukuh
"Ini adalah tekad politik, sekiranya ada amalan ini, anda akan mampu kekalkan integriti. Masalah bukan terletak pada agama atau kaum, tetapi pada diri sendiri untuk menyampaikan sesuatu perkhidmatan itu," kata.


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu turut menegaskan bagi memastikan negara ini kembali gemilang, semangat idealisme dan muafakat dalam negara berbilang bangsa perlu diamalkan dan nilai manusia perlu diangkat dan jangan sesekali menghina dan merendahkan kaum lain.

Post a Comment

0 Comments