KONSEP Malaysia Madani bukan sekadar slogan kerajaan semata-mata untuk mencirikan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Sebaliknya, konsep berkenaan membawa tekad Malaysia ke arah menjadikan kehidupan lebih baik buat masyarakatnya yang rencam kaum dan budaya.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pada ucapan di Majls Dialog Perdana Putrajaya bertemakan Membangun Negara Madani di Hotel Zenith pada Isnin berkata, konsep Madani yang digagaskan Perdana Menteri itu bertitik tolak dengan situasi semasa dan persekitaran yang sentiasa berubah seiring peredaran zaman.
“Evolusi pembangunan bandar berubah serta tugas sebagai perancang bukan hanya meletak bongkah-bongkah bangunan dan infrastruktur atas tanah, udara serta air.
“Jika memisahkan diri dengan alam dan keadaan sekeliling, perancangan serta pengurusan bandar menjadi kaku.
“Sebab itu enam cabang diletakkan dalam masyarakat Madani seperti kemampanan, daya reka bentuk, ihsan, kesejahteraan sosial adalah untuk menjawab kepada persekitaran dan keadaan berlaku,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Pada 19 Januari lalu, Perdana Menteri memperkenalkan konsep Madani yang berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.
Agenda dalam kerangka Madani bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan negara, tetapi turut menyentuh pencorakan masa hadapan serta memenuhi potensi rakyat serta negara.
Penjawat awam di ajak fahami konsep Madani |
“Ini kerana Madani pelaksanaannya disampaikan menerusi program-program kerajaan dan paling baik ia sampai ke tahap akar umbi di peringkat bawah,” kata Amirudin sambil mengajak semua pihak terutama penjawat awam mendalami dan memahami sekali gus menjayakan konsep berkenaan.
0 Comments